Bahan-bahan ( 4 orang )
1 biji betik mengkal saiz kecil - warna jingga
1 biji mangga muda
1 sudu udang kering - ditumbuk kasar
5 sudu kacang goreng - ditumbuk kasar
2 sudu sos ikan
1 sudu gula
7 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam secukup rasa - jika perlu
Bahan B - Dikisar :
3 batang kacang panjang
2 kuntum bunga kantan
8 biji cili api
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato
Cara-cara
buangkan kulit betik dan mangga. kemudian racik memanjang
campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili , udang kering, kacang goreng, bunga kantan, daun ketumbar dan bawang besar
masukkan sos ikan, gula dan jus limau dan gaulkan sehingga rata
isikan kerabu mangga kedalam pinggan dan boleh dimakan segera
Tag :
dessert
0 Komentar untuk "KERABU BETIK (SOM TAM)"