Dikuasakan oleh Blogger.

Kuih Ketayap


Bahan-bahan untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan (saya gunakan 1 camca teh pandan emulco)
1 ½ cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 ½ sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara :

Kalau gunakan daun pandan, kisar daun pandan bersama2 santan dan tapiskan.
Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga rata dan sebati. Untuk mengelakkan daripada adunan bergentel, tapiskan adunan.
Panaskan pan, ratakan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. Layangkan pan agar adunan tadi menjadi bulat.
Masak sehingga bahagian keliling tepi nampak sedikit kekuningan. Angkat.
Letakkan inti dan gulung.

Bahan-bahan untuk inti kelapa :
½ biji kelapa parut
¾ cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api yang sederhana sehingga sebati (lebih kurang 15 minit). Angkat dan buangkan daun pandan.

Selamat Mencuba Jom share resepi ni kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq

Tag : Kekdankuih
0 Komentar untuk "Kuih Ketayap"

Back To Top