Dikuasakan oleh Blogger.

Popia Basah


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka secubit garam 

Cara
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.

2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.

3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper tak perlu balik. Bila dah kering angkat dan simpan dalam tuala agar tidak kering. Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je..utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih...adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali..

Sambal Resipi
Bahan-bahan 1/3 -1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili nisan sebesar 2x ibu jari gula dan sedikit garam minyak untuk menumis

Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak.

4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa.
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. Inti

Bahan-bahan

1 cawan kubis yang dimayang halus
1 batang lobak merah - sagar kasar 1/3 cawan bawang besar yang didadu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak sayur/masak
1 biji telur + 2 sudu besar air - kocok dengan garfu
1 biji timun jepun - sagar kasar dan perah sikit buang airnya bawang goreng secukupnya kacang tanah tumbuk secukupnya

Cara
1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan.
1.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah.
2. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
3. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak bersama. npak je mcm bnyk keje...tpi tak susah mana nk buat popia basah ni...sambalnya boleh buat awal dan simpan je lam peti...pastu buat kulitnya je dan intinya plak 10 minit dah siap...stiap kli buat maz bancuh 1/2 rspi je...tu pun bleh dpt bnyk keping sebab buat saiz kecik je...

Selamat Mencuba Jom share resepi ni kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq

Tag : Kekdankuih
0 Komentar untuk "Popia Basah"

Back To Top