Dikuasakan oleh Blogger.

Nasi Ayam Diraja


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Nasi:
  • - 2 cup beras basuh dan toskan
  • - 2 cup air
  • - 2 cup chicken stock
  • - halia (ambil dari chicken stock)
  • - bawang putih
  • - 1 sudu besar butter
  • - daun pandan
  • Sup / Chicken stock:
  • - 1/2 ekor ayam
  • - 1 inci halia hiris kasar dan ketuk sedikit
  • - 1 kiub ayam
  • - 1/2 sudu besar perencah sup
  • - daun sup dan daun bawang
  • - 4 ulas bawang putih di ketuk
  • Bahan Perap:
  • - 1/2 sudu besar sos tiram
  • - 1/2 sudu besar kicap manis
  • - 3 ulas bawang putih diketuk
  • Sos Cili:
  • - 1 Batang cili merah dicincang halus
  • - beberapa batang cili api dicincang halus (ikut kepedasan masing-masing)
  • - sedikit halia (ambil dari chicken stock) dicincang halus
  • - 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • - 3 sudu besar sos cili
  • - sedikit air
  • - sedikit perahan jus limau
  • - sedikit serbuk kunyit - ni letak dalam nasi. nak bagi kaler cantik sikit

Cara-cara

  1. - Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
  2. - Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
  3. - Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam. Perap sekejap pun ok je.
  4. - Yang selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. Suaikan rasa anda.
  5. - Siap.
  6. - Untuk nasi pula. Panaskan butter dalam periuk nasi.
  7. - Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
  8. - Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
  9. - Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam. Sikit sahaja sebab chicken stock dah masin. Kalau tak nak letak pun takpe sebab nanti sup tu dah pun masin.
  10. - Tanak nasi macam biasa.
  11. - Sementara tunggu nasi masak. Siapkan pula sos cili.
  12. - Korang boleh blend semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
  13. - Disebabkan aku takde blender maka aku pun cincang lah ia sehalus yang mungkin.
  14. - Masak bersama sos cili dan air. Adjust kepekatan ikut suka korang. Tapi jangan terlalu pekat.
  15. - Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun ok je.
  16. - Untuk ayam goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Agak dah hitam sikit boleh la angkat. Hati-hati jangan sampai hangus pulak.
  17. - Siap. Sajikan dengan sedikit salad dan tomato.
Tag : Nasi
0 Komentar untuk "Nasi Ayam Diraja"

Back To Top