Dikuasakan oleh Blogger.

Kek Coklat Lembab! Kukus lagi


RESEPI

Bahan-bahan A

* 1 cawan gula pasir - 3/4 cwn pun dah cukup
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - susu segar pun boleh
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe
** Semua bahan A digaul sebati dan dimasak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan-bahan B

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda Bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) Baking Powder

Bahan-bahan C

* 4 biji Telur - diblender or pukul hingga kembang

CARA-CARA
1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yg digris & lapik dgn kertas minyak.
3. Kukus 1 jam or hingga masak.
JANGAN BUKA PENGUKUS SEMASA PROSES KUKUS 45 YG PERTAMA ... takot kek mendap :-)


ok dah masak! nak terus ngap begitu saja pon boley... nyum nyummmm.... tapi klu letak topping ceklat...owhhhchhh.... mak lagi sukerrrr..... here ya go..resepi utk topping...

TOPPING COKLAT (SIMPLY SODAP)

* 250g coklat masakan - potong kecik2 ya
* 1 sudu besar butter
* 130 ml Double Cream or Whipping Cream
* 1 sudu makan susu pekat (tak letak pon tak apa...utk manis jee)

** Cairkan coklat secara Double Boiler. Alih dari api & masukkan butter,susu & cream & kacau sebati. Itu jeeee.... tuang lah atas kek tadi...


Tag : Kekdankuih
0 Komentar untuk "Kek Coklat Lembab! Kukus lagi"

Back To Top