Dikuasakan oleh Blogger.

Kek Keju@Cheese Cake


gebus jugak walaupun hampir sakit jantung cis kek ni hahaha


Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g
400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...
Tag : Kekdankuih
0 Komentar untuk "Kek Keju@Cheese Cake"

Back To Top